Thursday, September 30

‘HELL’ itu….!!

entry yang agak kurang ajaran! sorry guys..!!

Memang hell..macam keadaan kolej yang tiada air sekarang. Apa la masalah dia ni..???!!!
Ok…let’s get started!!..i told u before…don’t let me get started!! Don’t let me get started wth the things that I don’t like…!! U ask for it!!! So…HELL!!
Apa jadi sekarang?...kau nak bagi hell lagi kat aku sekarang yang memang tengah dlm keadaan hell sekarang! Macam tu?? Apa masalah kau ni?
Apa masalahnye? ok..fine..kau terserempak dengan kawan lama. So, bermula la cerita2 lama. Kawan lama, cerita lama. HeLL…!!
For me,,memang hell la..ramadhan baru je berlalu. Kau dah mula buat hal…
Burukkan org tu..burukkan orang ni. Sakitkan hati org tu, sakitkan hati org ni. kalu tak sakitkan hati org lain blh x?
Kau x senang hidup ke kalu x sakitkan hati orang?
Memang hell laaa….
Masa raya ..punya la mintak maaf and forward2 suma msg kat kawan ‘maaf zahir batin’..
Apa kejadahnya tu?...sekadar utk cukup syarat??...org lain forward msg raya…kau pun buat jugak??..tapi dalam hati??..tak rasa apa…kosong!
apa saje la masalah kau ni??..x faham aku!
lepas je raya..kau x puas hati lagi..kau ungkit semua benda2 yang memang zaman tok kadok dlu…
Apa kejadahnya kau mintak maaf…??!
Kau burukkan orang, orang burukkan kau!
nanti raya thn depan mintak maaf lagi. Lepas tu buat dosa lagi. Kau ngumpat orang, orang ngumpat kau… ! bagus2..beradu tenaga meneruskan dosa..HELL!!
Apahal?..itu la hell!!!
Tiap2 tahun raya mintak maaf dosa2 and salah2 yang sama. Apahal?
Lepas tu refresah balik benda2 lepas…salah silap yang lalu…kalau kat internet tu…berusaha mencari history website dulu2..yang bukan2…lebih kurang la tu…
(analogi dari aspek metafora..haha..ada ke?)

Adui!!..aku x faham la dengan semua ni…what past is past laa….set and forget.
Ramadhan baru je lepas…raya pun dah… takkan xde prubahan lain? Takkan xde perangai yang baru2 and yang cantik2..??
Aduii…x faham aku…!
Dan aku hell sekarang kerana menulis entry hell ini…aduh!!!
Faham??..haha..HELL!

Tuesday, September 21

sambungan...

Cerita 2

Malu pulak i nak cerita u...hehehe...

Actually, masa raya hari tu, my cousin nak kenalkan i dengan kawan dia. I tak tahu pun tau dia nak kenalkan. Masa kawan dia datang rumah i masa open house hari tu, i x make up pun. I memang mess la. Biasala kan, xde maid. I je la yang handle chore and those makanan and menu hari raya. Penat tau. So i ignore je la sape yang datang rumah. I jz prepare makanan and let it be... serve la diri sendiri.

My cousin ni pun satu tau..buat i malu je. Lepas kawan dia balik baru dia bagitahu kawan tu datang nak tengok i. Benci tau. I punye la mess. Muka pun cam entah apa2. My cousin cakap ok je. Muka fresh and tanpa make up lagi bagus. X payah nak sorok2 muka bawah make up. Betul jugak! Tapi kan..i perasan jugak kat kawan dia tu masa i hidang air. Hehe..dia cool je. Dia senyum kat i and say thank you. Tapi, bodohnya i..xde sense langsung yang dia tu nak datang tgk i. Alaa..mana i tahu. Semua yang datang nak beraya je kan..Ni my cousin punye pasal la.. sekarang kawan tu dah further study kat oversea dah.. sedih tau. Pergi macam tu je. Entah apa la yang dia fikir tentang i. Mesti dia fikir minah ni x respect tetamu. Ye la..masa tu mcm mane i nak serve and layan suma. Penat tau. Makanan, dish wash..semuanya i yang buat. X sempat nak layan semua. I juz senyum je kat semua. Tu pun dah kira ok tau!

I nak cari dia kat FB pun i tak tahu emel dia. Nama pun kenal nama panggilan je. Entah nama betul ke tak. My cousin tu jz keep teasing me je. Bukan nak tolong. I nak tanya dia takut dia cakap i ni nak menggatal. I bukan desperate tapi..aaahhh....Macam mane ni?..tapi bukan sebab i gatal and syok kat dia tau tapi..u know..orang nak kenal kita, so kita pun mesti la nak kenal dia jugak kan!..hehehe..x salah kan! Arrgghhh...dilemma betul.

Cerita 3

Saya xde cerita yang best sangat sepanjang ramadhan hari tu. Raya pun macam biasa je. Ramadhan ni saya banyak habiskan masa kat masjid. Iktikaf, qiamullai..kawan2 kata saya dah berubah. Tapi saya biasa2 je sebenarnya. Saje nak ambik mood bulan puasa. Suasana dekat masjid pun lain kalau bulan puasa. Masjid macam dah jadi rumah kedua. Bak kata ustaz, xpe stay kat masjid sepanjang ramadhan ni. Berzikir pun dah cukup kalau x nak buat ibadat lain cam solat hajat, solat sunat. Yang penting stay kat masjid. Kan bulan puasa ni bayanyak pahalanya. Pahala berganda-ganda. Pahala yang sunat pun akan jadi pahala wajib. Kan??

Tu je la cerita saya. Biasa2 je...tapi saya boleh rase kenikmatan ramadhan tahun ni. Walaupun sambutan hari raya tak meriah sgt sebab family member masing2 dah berkeluarga dan masing2 ada komitmen. Tapi saya tak kisah asalkan saya dapat beraya dengan ibu saya. Sangat sedih bila ramadhan pergi. Semoga dapat berjumpa dengan ramadhan yang akan datang.

Saturday, September 18

Cerita ramadhan dan hari raya.

Cerita 1

Gua student uni lagi. Byk tahun lagi nak grad. Cerita ramadhan gua pasal jodoh gua.
Kenapa gua kata jodoh? Sebab dalam bulan ramadhan tu mak gua nak jodohkan gua.
Tension beb! Gua x sedia lagi dowh! Enjoy pun xpuas lagi. Tapi bukan sebab enjoy sebenarnya tapi sebab hati. Ye laa…orang tua yang carikan. Macamla gua ni desperate dan x boleh nak cari sendiri. Dan satu lagi gua ni pun punya la naif dan daif. Satu habuk pun x reti. Masak memang kantoi...nantikan nak kena jaga suami bagai. Lemas tahu!
Tapi gua cool je masa mak gua bagitahu masa gua balik kampung nak raya hari tu. Hehe..tapi dalam hati Tuhan saje yang tahu beb! Tapi kadang2 gua fikir2, ada baiknya. Bulan baik ni apa salahnye dapat jodoh. Ecece..gatal ye!
Tapi beb, gua dah jatuh hati ngn sorang mamat ni. Lebih setahun jugak la kami on je. Tp sayang beb, x declare. Gua pun cam malas nak layan perasaan ni. Tapi kadang2 datang gak perasaan tu. Perasaan perempuan beb. Lu pikirla sendiri. Haha! Tapi buat apa nak mengharap pada yang tak suid kan?
Baik gua on je yang mak gua pilih...hahah..gatal!

Leteran hati!

Aku masih suka kepada dia.

Tidak tahu isi hati ini. tidak faham isi hati ini. Tiap kali melihatnya, aku akan menangis.

Menangis kerana meratapi. Merataoi diri sendiri.

Adakah aku standing untukknya.

Oh..tidak. aku terlalu lemah untuknya.

Tetapi, dia pun apa kurangnya.

No! say No..aku tidak akan suka kepda dia lagi. He’s taking advantage.

Fine..Sorry bro! gua tak minat!

So what?

Apa masalahnya?

Friday, September 3

nasyid oh nasyid!

is addicted to this!!!

Setanggi Syurga


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga


Kasihku Abadi


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Blog Archive