Thursday, December 23

Panggilan.

Akhir-akhir ini atau tepatnya, dua atau tiga hari ini (ok fine, ini tidak jelas), aku menerima panggilan daripada seseorang yang jauh. Jauh ke? Oh tidak.
Mungkin teman itu tidak tahu siapa yang boleh ditelefonnya buat masa itu. Dan, aku adalah pilihannya. Setelah sekian lama tiada SMS atau panggilan, dia membuat kejutan.
Aku terfikir, kenapa aku menjadi pilihannya? Kenapa tidak orang lain? Adakah betul pilihannya untuk menelefon aku dan bertanya kepadaku tentang situasinya itu? Dia dilemma. Dan aku hanya mampu memberi pendapatku. Dan aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu mengikut dan menuruti apa yang telah lidahku memberitahunya. Aku tidak pasti. Tetapi aku pasti bahawa aku telah membantunya. Ya, aku yakin.
Kenapa aku menjadi pilihannya?
Seorang kawan menjawab “ Tuhan mahu menguji kau. Maksudnya adalah Dia ingin memberi pahala kepada kau”
Oh Tuhan, engkau mahu memberi pahala kepadaku. Allahuakbar!
Pernahkah anda menjadi pilihan kawan-kawan atau sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja untuk dijadikan tempat merujuk di saat mereka sangat memerlukan pendapat dan buah fikiran yang sangat diperlukan pada saat itu? Maksudnya adalah di saat yang amat genting dan boleh jadi seperti hidup atau mati. Sangat penting dan genting.
Ya…aku adalah pilihan sebagai rujukan oleh temanku itu pada saat dia memerlukan buah fikiran yang boleh meleraikan kekusutannya.

Terima Kasih Tuhan.

1 comment:

  1. oooo.sama cam saya.tapi xtau sama kat mana..hoho..saya pon terima satu panggilan dalam 2/3 hari ni..tapi xtahu ape maknanya...*blurrr*

    ReplyDelete

Blog Archive