Saturday, February 11

Salam Alaik.

Salam Alaik. (Entry pertama 2012).
Tuhan, Ya rabb.
Itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan di kala saat ini.
Aku sangat lalai akhir-akhir ini. Malam tadi, macam biasa blog adalah bacaan wajib sebab itu sahaja sumber yang aku ada untuk tahu perkembangan yang berkaitan. Untuk menonton berita atau apa-apa yang berkaitan memang tiada waktu (alasan!), apatah lagi menonton drama-drama bersiri di televisyen. Hmmm….Teliti dengan pembacaan, tiba pada satu blog, dendangan Tuhan~Wali Band bergema. Lagu ni memang menyentuh hati di saat itu. Allah! Petunjuk apakah ini? Untuk membetulkan landasan kehidupan aku sekarangkah Ya Tuhan? Terima kasih kerana melindungiku Ya Tuhan. Aku lalai dan aku juga malu.
Jangan ambil nyawaku sebelum ku dekat denganMu…
Ingatan aku kembali kepada diri aku yang dulu SEDIKIT rajin menyertai usrah dan qiam. Allah, sangat lalai aku sekarang. Semua itu sangat pantas aku tinggalkan untuk masa ini. Terima kasih Kak Zila kerana masih mengambil berat dan bertanya khabar anak-anak usrah.
Betullah, manusia=lupa. Iman itu ada turun naiknya!
Allah, masih ada insan yang masih menyayangiku untuk akhiratMu. Seperti Wardina Safiyyah pernah berkata, lebih kurang macam ni; Jika kita ikhlas kepadaNya, Allah akan hantarkan insan-insan istimewa ini untuk membimbing kita.
2012, demi rezeki yang halal dan berkah, Tuhan, aku telah sampai ke tahap ini. Terima kasih Ya Allah. masih diberikan baki umur untuk meneruskan kehidupan. Mohon petunjuk dan mohon hamba-Mu ini masih dalam lindunganMu dengan kekuatan, kesabaran dan ketenangan Ya Rabb. Permudahkanlah segala-galanya. Semoga istiqamah dan nawaitu ku dipelihara.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive