Saturday, November 26

Mood.

Aku rasa seperti mahu menulis kembali. Dan aku harap pembaca akan terus membaca (jika ada pembaca, pembaca setia khasnya).
Sudah lama aku berhenti menulis, mengarang, mengidea, membuah fikir, mengilham dan senagkatannya. Mood menulis kadang-kadang tidak sama. Sebagai penulis (aku? Penulis? InsyaAllah) mood memang penting. Sebab apa yang difikrkan, diilhamkan, itu lah hasil tulisannya.
Disebabkan itu, kadang-kadang aku tidak mempunyai mood tersebut. Kata orang, mood harus dicari. Jangan terus melayan fikiran sahaja. Sebab itu kita kena keluar dan mengembara. Ye, aku bersetuju dengan pandangan itu. Ilham tu tak datang sesuka hati kan?
Baiklah, sehingga hari ini, since laste update,TUESDAY, JUNE 21, bermakna lebih kurang 5 bulan aku tidak menulis. Banyak perubahan yang berlaku dalam beberapa bulan ni. Malaupun aku tidak berblogger. Namun, blog tetap dibuka kerana hasil tulisan blogger lain tetap tatapan dan menjadi bacaan aku. Cuma ak sahaja yang tidak menatap tulisan sendiri. Entah bila la gamaknya.
Mood. Harus dicari. Dan buah fikiran juga.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive