Tuesday, October 26

Perempuan cute, lelaki singlet, kawan hipokrit dan ketidakadilan.

Kadang-kadang ku berasa pelik.

Pelik yang bagaimana? Hatiku bertanya.

Sentiasa bertanya.

Bukan pelik sebenarnya tetapi berasa ketidakadilan.

Ketidakadilan pada diri sendiri.

Engkau fahamkah?

Maksud aku di sini, aku berasa tidak adil denga diri aku sendiri. Tidak adil dari segi apa?

Engkau mempunyai segalanya. Engkau mempunyai ibu bapa. Engkau mempunyai pendidikan. Engkau boleh menikmatinya dengan damai.

Sebenarnya aku hanya berasa tidak adil. Tidak adil dengan keadaan diri aku sendiri. Baiklah, ada seorang perempuan cute di depan aku sekarang. Engkau fahamkah?

Aku tak faham. Apa yang engkau ingin cuba sampaikan sebenarnya?

Begini, perempuan yang cute di depan aku sekarang membuatkan aku berasa tidak adil dengan diri aku sendiri. Melalui renungannku kepadanya, aku menelitinya. Aku yakin dia cukup segala-gaklanya. Arghh..dia sangat cute. Lagu Akon ‘Beautiful’ sedang berkumandang. Menambahkan ketidakadilan aku kepada diri aku sendiri. Argh..mengarutkah aku?

Berbalik kepada cerita perempaun cute tadi. Jatuh cintakah aku?. Tidak. Aku juga seorang perempuan. Tidak mungkin aku menggantikan ‘sex will’ aku kepada perempuan. Cis, aku sepatutnya mengulangkaji untuk peperiksaan sekarang. Tapi, tidak! Perempuan cute itu. Dia menggoda aku.

Aku berasa tidak adil dengan lelaki. Lelaki tentunya boleh mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan kata lain, membuatkan perempuan cute itu sebagai teman istimewa ataupun teman seumur hidup. Oh, aku masih berasa ketidakadilan itu. Cis!

Perempuan cute itu. Cuba menggoda aku dengan mukanya yang cute. Badannya bagiku tidak menggiurkan. Kurus. Plain. Bukan aku mahu mengutuknya. Bagaimana boleh aku mengutuknya kerana dia terlalu cute bagiku. Tapi itu adalah realiti.

Bertemankan milo yang sudah sejuk dari panasnya. Aku masih merenung perempuan itu. Tetapi bukan terus merenung kepada mukanya. Sudah tentu tidak boleh terus memandang terus kepadanya. Aku tidak semudah itu memandang perempuan itu. Cermin di tepi membantu membiaskan wajahnya yang cute. Aku memandang cermin sahaja. Oh, dia tidak perasan kerana aku kelihatannya seperti memandang keluar. Melihat kereta yang lalu lalang. Tidak salahkan?

Oh, dia sedang mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang sambil menangguk-anggukkan kepalanya. Aku suka itu. Suka.

Aku mempunyai masalah sekarang. Argh..siapa yang tidak mempunyai masalah jika masih bergelar insan yang bernyawa. Engkau cubalah tanya sesiapa sahaja. Bukan orang atau manusia jika mereka tidak mempunyai masalah.

Oh, apakah ketidakadilan aku tadi?

Ada tiga sebenarnya. Tidak adil bagiku kerana hanya lelaki yang dapat mengambil perempuan itu sebagai teman istimewa. Bagaimana dengan perempuan? Dan aku juga bagaimana? Dan tidak adil bahawa dia itu cute. Sangat. Bibirnya. Sangat seksi apabila dia meneguk air dengan straw. Oh..dan tidak adil bagiku bahawa dia sangat diminati ramai dan bebas. Kurasa dan ku yakin bahawa ibiu bapanya orang berada. Dari segi pemakaiannya. Tidak. Aku tidak boleh membuat kesimpulan dengan cara pemakainnya. Baiklah, lupakan itu. Shit! Kelihatan seorang black memandang aku. Tidak terlalu black bagiku. Kelihatan mukanya seperti Joe Cole. Pemain bola itu. Oh, bukan. Dia serang Arabian. Sedang menunggu makanannya. Dari dalam kereta. Oh, drive thru rupanya.

Tudung kepalanya. Juga cute kerana sesuai dengan mukanya. Sangat matching. Cute kan dia?!

Ye, tidak adilkan?

Argh..perasaan ini datang hanya kadang-kadang sahaja. Engkau tidak usahlah risau. Aku hanya memuja dan memuji ciptaan Tuahn yang nyata. Aku tidak munafiq. Oh!

Perempuan cute itu. Siapa namanya? Tidak mungkin aku mahu bertanya. Tidak. Lelaki di hadapannya. Tidak mungkin. Dia masih rancak berbual. Mendengar perbualan dengan cute sekali. Ye, dia cute. Aku akuinya. Dan aku akuinya bahawa ia memberi perasaan ketidakadilan bagiku. Shit!

Hey, kenapa lelaki di belakang itu harus memakai baju seperti itu? Seperti perempuan kelihatannya. Singlet hitam dan jaket hitam. Singlet dia mendedahkan dadanya. Oh, tidak! Tidak sesuai. Engakau dapat bayangkan bagaimana keadaaan bajunya?

Sekejap, aku harus minum air. Haus kurasakan menerangkan tentang lelaki itu bersama baju yang dipakainya. Argh!

Panjang pula bicaraku di sini.


>>sambungan ke entry seterusnya....

2 comments:

Blog Archive