Saturday, October 2

berani bercita cita besar

it's very tough!!

ketika mata memandang skrin laptop dan kepala masih kusut memikirkan tugasan... tidak tahu apa yang mahu dimulakan dahulu.
cebisan kertas yang sudah beberapa bulan ditampal pada board di dalam bilik menarik perhatian.

'berani bercita cita besar'..waaahhh...

'secubit garam akan memasinkan segelas air. tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air...masinnya tidak akan terasa langsung.
begitulah perumpamaan perbandingan di antara masalah dengan cita-cita. masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, seperti garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.'

aduhh...agak terkesan juga dengan petikan ini. persoalan timbul...adakah aku tidak mempunyai cita-cita yang besar?..atau tiada cita-cita langsung??....
adakah itu salah satu faktor apabila menghadapi masalah, terasa berat untuk dihadapi??..
aku rasa tidak begitu...tapi apa??

petikan akhir,

'ketika ditimpa ujian, usahlah dipinta kecilkan ujian itu, tetapi pintalah agar dibesarkan iman bagi menghadapinya'.


percaya kepadaNya..;-)

1 comment:

  1. aku suka statement last tu! semoga umat Muhammad dlm tempoh mutakhir ini dikuatkan iman utk menghadapi mehnah dan cabaran dunia!! moga umat Muhammad juga berjaya bangkit dgn ketertinggian ilmu seperti kehebatan ilmuwan2 terdahulu!!! =)

    ReplyDelete

Blog Archive