Tuesday, March 2

analogi hidup untuk hari ini.

(Entry kali ini sedikit islamik. Mungkin mereka yang mengenali aku tidak menyangka bahawa aku boleh menulis tulisan seperti ini. Hehehe.. aku kan rock dan rugged. Hahaha..Tapi aku flexible!
Cuma aku berasa untuk menulis seperti ini untuk hari ini. Untuk hari ini).

Hari ini:

Seorang kawan dengan nada yang cukup menyakitkan hati, bagi ku itu adalah satu
ungkapan yang memperli seseorang. Ye...aku lah insan yang dimaksudkan. Insan yang diperli untuk hari ini. Tapi biarlah. What goes around comes around. Manusia tak pernah serik dan jarang sekali untuk belajar dari kesilapan.
Biarlah. Semoga Allah swt sentiasa memelihara mereka. InsyaAllah. ..

Aku mendapat panggilan dari kawan lama a.k.a BFF. Thanx dear for calling me. (selingan sahaja)

Dan juga kata-kata motivasi dari seorang teman. Teman yang sentiasa membuat aku untuk bermuhasabah diri. Bermuhasabah diri bahawa aku tidaklah ‘perfect’ dan tidak sempurna. Jangan sesekali meninggi diri...oh tidak!

Aku membicarakan atau memberi ‘hint’ kepadanya bahawa aku berasa sangat lesu untuk hari ini. Ye lah, lesu dengan emosi yang tidak menentu, masalah tidur yang tidak teratur dan mungkin juga masalah hormon aku yang tidak stabil. Dan juga kepanasan yang semakin membuak-buak sekarang. Please save our earth! Allah maha mengetahui tentang itu.

Kata-kata yang aku dapat daripada temanku itu untuk hari ini (tapi tidak bermakna setiap hari dia memberi kata-kata seperti ini):

‘Allah tidak akan bagi setiap apa yang kita harapkan walaupun itu yang terbaik untuk kita,
tapi Dia akan bagi apa yang kita perlukan...
sebab Allah Maha Mengetahuisegala-galanya yang terbaik untuk kita”

dan ini juga :

‘susah ke hidup? Tapi, kalau tidak susah, tak dapat lah rasa nikmatnya.
Dah nak putus asa ke? Kalau tak teruskan takkan rasa lah manisnya nanti.
Sedih ke hati? Tapi, kalau kita rasa Allah menjaga, memerhati diri kita, apa kita nak rasa?
Gembira? Atau terharu dalam keimanan? Semoga kita bahagia dalam kerahmatan Illahi’

Terima kasih wahai teman!


.........................................

Beranalogi? Analogi hidup?
Baik lah, bagaimana nak mula ye?
Rindu untuk berblogging tapi.....(sambung sendiri ayat itu). Aku tidak mahu riak dan meninggi diri.

Aku mulakan dengan kata-kata ni :

“jangan panggil aku perempuan sejati jika hidup hanya berkalung lelaki,
tapi bukan bererti aku tidak butuh lelaki untuk aku cintai”

Kata-kata ni aku ambil dari sebuah filem Indonesia.

Kata-kata yang diberi dan diucapkan oleh sang teruna kepada kekasih hatinya supaya membuka kembali hatinya untuk menerima sang teruna itu sebagai kekasihnya kembali. Denga kata-kata itu, si perempuan telah terbuka hatinya dan mereka berbincang dan bersetuju untuk mendirikan masjid bersama.

Ok...tinggalkan yang itu.

Masih dalam filem ini tetapi dalam situaai yang berlainan. Aku suka dialog ini :

“hanya yang tidak pernah berbuat dosa boleh melempar”

Dialog ini telah ditutur oleh ibu sang perempuan. Bukan niatnya untuk memelihara atau ‘backing ‘ anaknya tetapi memahami situasi anaknya dan keadilan yang diperlukan oleh anaknya itu. Ooh...anaknya telah membuat kesilapan besar. Yang dikeji oleh Allah. Tetapi bukan niatnya. Dia terlalu emosi pada masa itu. Godaan syaitan terlalu membesar dalam kotak fikirannya pada waktu itu kerana kekangan hidup yang tidak sanggup ditanggung olehnya.

“Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya yang tidak mampu”

Aku tidak mahu membicarakan filem itu secara mendalam tetapi terdapat analogi dalam fikiran aku bahawa, semua orang itu tidak sempurna dan sentiasa ada kekurangannya dan sentiasa ada kesalahan yang dilakukannya secara sengaja atau tidak sengaja. Dan tidak semua sedar bahawa mereka sedang melakukan kesalahan itu. Betulkah aku?

Oleh itu, kita tidak boleh sesekali melabelkan seseorang itu. Kita tidak mempunyai hak untuk melabelkan seseorang itu. Hanya Allah yang berhak. Contoh, seseorang hamba Allah yang lalai dalam menyempurnakan solat 5 waktunya. Oh..tak usahlah kita melabelkannya sebagai pemalas dan jahil. Tidak pandai solat, jahil, tidak tahu agama dan sebagainya. Kita tak layak untuk melabelkannya sebegitu rupa. Kita boleh tapi hanya cukuplah kita mengutuk apa yang dilakukannya dan berdoa supaya Allah membuka hatinya. Apa kata kalau satu hari nanti Allah membuka hatinya dan dia akan buat lebih ibadat daripada kita dan pahalanya lebih banyak daripada kita. Macam mane? Tidakkah kita rugi? Iman itu ada surut naiknya. Sebab itulah muhasabah dan renungan diri diperlukan. Betulkah aku?

( Aku tidak sempurna untuk berbicara tentang ini tapi hanya sekadar untuk renungan dan muhasabah diri aku sahaja).

Begitu juga dari sudut dakwah kepada seseorang. Kita tidak boleh paksa seseorang itu untuk terus menjadi baik dan sempurna. Kerana yang berhak adalah Allah. Allah yang berhak memberi hidayah dan membuka hati hamba-Nya yang dipilih. Segalanya milik-Nya. Betulkah aku?

Baiklah, aku berhenti di sini sahaja untuk tulisan aku hari ini.

p/s : hanya untuk muhasabah dan renungan untuk diri sendiri sahaja. Jika ada kelemahan dan kekurangan, sama-sama kita membaikinya.
Betulkan aku juga.

Wallahualam...

ahakz..;-)

5 comments:

  1. terselit renungan dan iktibar..
    teruskan berilham dengan rasa hati..
    kutitip kata-kata yg boleh direnung bersama..
    "tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah..tika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah Allahu Akbar..tika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..tika hati dan perasaan sgt penat berperang dgn godaan syaitan dan nafsu,maka sedarlah sebenarnya anda tidak sendiri,Allah bersamamu.. yakinlah dan teruskanlah bermujahadah..berlindung dengan nama Allah, Yang Maha melindungi dan Menyayangi..ikhlaskan semuanya dan dekati Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. Anonymous :
    InsyaAllah..doakan aku utk sentiasa mempunyai otak dan akal yang fresh utk terus berilham.

    terima kasih utk kata-kata itu. sama-sama lah kita menjadi hamba-Nya yang diredhai oleh-Nya.
    insyaAllah..;-)

    ReplyDelete
  3. deus : mmmm jek?...tak terkata? ke tak terbaca? huhu..;-)

    ReplyDelete
  4. yarhamkillah ya akhie

    ReplyDelete

Blog Archive