Monday, December 16
Sebab itu TAK FUN LANGSUNG!!
Betul..
Being underestimated is not fun at all..
macam kau menganjing semua orang..
itu tak fun langsung..
kau kurus. kau gemuk. kau jongang.
kau busuk. kau pendek. kau..kau..kau...
Itu TAK FUN LANGSUNG..
ye, aku mengaku aku pernah buat.
tapi aku mengaku juga aku minta maaf depan-depan.
dan aku mengaku jugak yang aku cuba elakkan buat.
Sebab itu TAK FUN LANGSUNG.
Sebabnya lagi..bila kena kepada diri sendiri..
TAK FUN LANGSUNG.
Bila mana kau dalam keadaan berusaha.
Kau dengan sepenuh hati menyiapkan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab kau.
Dan bila saat kau perlu memberikan atau menyerahkan hasil kerja kau tu..
kau dihentam dengan teruk tanpa hati perut.
Dan kau juga UNDERESTIMATED dengan teruk.
ye, ITU TAK FUN LANGSUNG!!
moral dan emosi akan DOWN GILA BABI!
**memang bahasa aku kasar sejak akhir-akhir ni
**bahasa menunjukkan emosi jugak kadang-kadang.
Persetankan je lah!
Tengok, kasar lagi kan??
Argh..internet pun macam HARRR..AAMMM..
Baik aku keluar sekarang.
Nanti aku mencarut macam orang tak mengaji.
Ok..COOL DOWN!
Saturday, December 14
Tak usah bicara tuah engkau.
Punya keluarga bahagia, punya ibu, punya ayah,
Ada yang tiada keluarga, langsung!
Ada yang tiada kakak abang, langsung!
Tak usah bicara tuah engkau.
Punya wang tidak boleh dikira, boleh beli segala,
Ada yang tiada wang, langsung!
Tidak usah bicara tuah engkau.
Punya cinta hati.
Ada yang tiada cinta hati, langsung. Putus. Berkecai.
Dunia ini bervariasi, kasih.
Kehidupan itu semacam makna, cinta.
Manusia bermacam cerita.
HORMAT itu lebih bermakna.
~Ummi
**ini pernah ada dalam status FB aku.
**ada beberapa yang like
**ada juga beberapa yang share
**ada juga beberapa baca tapi buat-buat tak baca
**aku letak nama sebab itu hasil otak aku
**kadang-kadang ada jugayang tak letak nama tapi hasilnya dari dalam otak juga
**untuk hidupkan blog ni, aku tulis benda-benda macam ni je
**aku tak kisah ada orang baca ke tidak
***bahasa aku agak kasar akhir-akhir ini
***banyak berbicara dengan lelaki, memang kena kasar, mana boleh lembut-lembut...
Friday, December 13
BOSAN!
Skandal, big fan, masalah air, saman-saman...
Haha..tiada apa yang menarik di paparan skrin Yahoo! Malaysia.
Kononnya mahu mencari berita menambah cambah di otak kanan dan kiri.
Kecewa.
Solusi, klik di berita anak Beckham je minat artis.
Oh, Lady Gaga pilihannya.
Hmm..santai-santai!
RINDU TAHU!
Benci rasa ini.
Bila rasa ini datang...
minda ni macam cepat-cepat minta mesin masa untuk bawa kepada kenangan-kenangan dan kepada orang-orang yang dirindu.
Haish...kenapa ada rasa ini
Seksa tahu.
Ibu kata dan Aku kata
Aku kata, keluar dengan kawan-kawan je.
Ibu kata, kurangkan makan luar. Nanti sakit.
Aku kata, tak makan sangat tapi borak-borak je.
Ibu kata, nanti kan merungut takut gemuk.
Aku kata, borak-borak je tak makan sangat. Mendengus.
Ibu kata, bersihkan diri dulu sebelum tidur.
Aku kata, tak main kotor pun.
Ibu kata, anak dara elok bangun awal pagi.
Aku kata, bukan ada kerja pun bangun pagi.
Ibu kata, pakai pakaian longgar-longgar bila keluar.
Aku kata, pakaian memang dah longgar-longgar.
Ibu kata, kalau nak buat apa-apa fikirkan ibu bapa dulu.
Aku kata, tak buat apa-apa yang salah pun.
Ibu kata, tidur la awal, nanti bangun awal.
Aku kata, banyak kerja tak siap.
Ibu kata, tak kaya pun kalau kerja banyak tapi tak solat.
Aku kata, aku solat je.
Ibu berlalu.
Aku teruskan kerja.
Ibu sudah tidur.
Aku pilu.
Maafkan aku.
Aku banyak menajwab ibu...
Arghh..aku nak teruskan tapi..urghh..sebak dada!
Monday, December 9
Bercabang!
Mengadap papan putih di skrin.
Kosong.
Halnya bersimpul di kepala.
Bercabang di sana sini.
Serabut.
Bercabang dengan keluarga.
Bercabang dengan kawan-kawan.
Bercabang dengan boyfriend. Eh, tidak. Tidak berpunya sebenarnya.
Bercabang dengan kerja harian.
Bercabang dengan perasaan yang entah-entah.
Argh, setan itu pandai.
Pandai serabutkan yang bercabang.
Haaiiilaaa..serabut!
Padamkan papan putih di skrin.
Tarik sejadah.
Solat.
Tenang.
Friday, November 22
Merajinkan Diri
Sungguh tidak rajin menjenguk ke sini.
Namun, tekad untuk hidupkan blog ini masih ada.
Akan merajinkan diri lagi untuk update.
Hidup aku, harian aku adalah privasi aku.
Aku tidak famous, tidak juga glamour, i am no one.
Ada yang mahu tahu harian aku, ada juga yang meyampah benci. Argh, siapa tahu.
Tapi pilih untuk sederhana sahaja adalah terbaik.
Menjalani hidup dengan bantuanNya dan mencari barakah dariNya juga.
Thursday, July 11
Blog akan ditulis semula.
Ok, selamat beramal! Ramadhan Kareem.
Thursday, June 14
rasanya mahu seperti berblog
setting blog dah lain ye?
nampak sangat, sangat lama tidak update di sini.
ye, blog masih ada, penulisnya pun masih ada.
apa yang tiada? semuanya ada.
yang tiadanya adalah idea. ok, alasan!
Saturday, February 11
Salam Alaik.
Tuhan, Ya rabb.
Itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan di kala saat ini.
Aku sangat lalai akhir-akhir ini. Malam tadi, macam biasa blog adalah bacaan wajib sebab itu sahaja sumber yang aku ada untuk tahu perkembangan yang berkaitan. Untuk menonton berita atau apa-apa yang berkaitan memang tiada waktu (alasan!), apatah lagi menonton drama-drama bersiri di televisyen. Hmmm….Teliti dengan pembacaan, tiba pada satu blog, dendangan Tuhan~Wali Band bergema. Lagu ni memang menyentuh hati di saat itu. Allah! Petunjuk apakah ini? Untuk membetulkan landasan kehidupan aku sekarangkah Ya Tuhan? Terima kasih kerana melindungiku Ya Tuhan. Aku lalai dan aku juga malu.
Jangan ambil nyawaku sebelum ku dekat denganMu…
Ingatan aku kembali kepada diri aku yang dulu SEDIKIT rajin menyertai usrah dan qiam. Allah, sangat lalai aku sekarang. Semua itu sangat pantas aku tinggalkan untuk masa ini. Terima kasih Kak Zila kerana masih mengambil berat dan bertanya khabar anak-anak usrah.
Betullah, manusia=lupa. Iman itu ada turun naiknya!
Allah, masih ada insan yang masih menyayangiku untuk akhiratMu. Seperti Wardina Safiyyah pernah berkata, lebih kurang macam ni; Jika kita ikhlas kepadaNya, Allah akan hantarkan insan-insan istimewa ini untuk membimbing kita.
2012, demi rezeki yang halal dan berkah, Tuhan, aku telah sampai ke tahap ini. Terima kasih Ya Allah. masih diberikan baki umur untuk meneruskan kehidupan. Mohon petunjuk dan mohon hamba-Mu ini masih dalam lindunganMu dengan kekuatan, kesabaran dan ketenangan Ya Rabb. Permudahkanlah segala-galanya. Semoga istiqamah dan nawaitu ku dipelihara.
Thursday, December 1
Benci. Perasaan. Cinta. Kasih. Sayang.
Patutlah perasaan ni ganjil, dia muncul lagi. Sudah lama tiada khabar berita. Sekarang sudah update. Dengan segala-galanya berubah. Berubah semuanya. BERUBAH!
Tuhan, kuatkanlah hati! Khabarnya sangat tidak terduga. Menangis tatkala itu juga aku.
Aku tidak mengerti perasaan yang membelenggu hati. Aku tidak harus dan tidak perlu lagi berfikir perihal pemilik cinta dahulu.Tentang dia. Aku hanya, hanya terkilan. Kenangan dengannya. Akan pasti terhapus dalam kotak hati.
Tuhan, berikanlah aku cinta. Untuk sekali lagi!
Saturday, November 26
Mood.
Sudah lama aku berhenti menulis, mengarang, mengidea, membuah fikir, mengilham dan senagkatannya. Mood menulis kadang-kadang tidak sama. Sebagai penulis (aku? Penulis? InsyaAllah) mood memang penting. Sebab apa yang difikrkan, diilhamkan, itu lah hasil tulisannya.
Disebabkan itu, kadang-kadang aku tidak mempunyai mood tersebut. Kata orang, mood harus dicari. Jangan terus melayan fikiran sahaja. Sebab itu kita kena keluar dan mengembara. Ye, aku bersetuju dengan pandangan itu. Ilham tu tak datang sesuka hati kan?
Baiklah, sehingga hari ini, since laste update,TUESDAY, JUNE 21, bermakna lebih kurang 5 bulan aku tidak menulis. Banyak perubahan yang berlaku dalam beberapa bulan ni. Malaupun aku tidak berblogger. Namun, blog tetap dibuka kerana hasil tulisan blogger lain tetap tatapan dan menjadi bacaan aku. Cuma ak sahaja yang tidak menatap tulisan sendiri. Entah bila la gamaknya.
Mood. Harus dicari. Dan buah fikiran juga.
Tuesday, June 21
KEBODOHAN
Kebodohan yang meningkat dan bertingkat-tingkat
Kebodohan aku kerana berada dalam kepandaian
Kepandaian membuatkan aku kebodohan
Bukan kepandaian itu kebodohan.
Tetapi aku bodoh kerana berada dalam situasi pandai!
Kamu pening? Rasa berbelit-belit?
Adakah aku harus menyalahkan diri , tubuh badan dan otak ini kerana tidak pandai dan bodoh?
Oohh…aku tertekan! Sangat! Sangat!
Tidak mampu memberi senyuman lagi.
Kepala sakit! Sakit! Sangat!
Memang TEKANAN. Berada dalam kalangan orang pandai.
Kenapa tidak aku?
Tuesday, June 7
Mencari BUAH FIKIR.
Saya mungkin tidak pandai menulis, tapi saya boleh merasa.
Saya boleh merasa apa yang ditulis, yang digarap, yang diluahkan melalui menulis. (betul ke?)
Sarcasm!
Haha…saya tengah mencari idea atau buah fikiran. Saya harus keluar dan saya sedar, saya menulis dengan panjang sekali apabila saya berada di luar. Saya sedang keluar sekarang. Dan berada di luar. Namun, saya tidak banyak keluar akhir-akhir ini kerana saya tidak mampu membawa laptop saya yang sebesar gajah (?) ini keluar (harus fikir untuk dapatkan ipad barangkali). ALASAN.
Atau kenapa tidak saya bawa sahaja buku nota seperti yang disarankan oleh Dr (Tun) M. suatu masa dahulu? Catat dan ambil sahaja apa yang ada di sekeliling. Dan apabila pulang ke rumah, semak balik dan tulis dengan membaiki dan menambahkan kualitinya untuk menghasilkan suatu penulisan yang baik. Boleh ke? (amboi ayat!)
Saya mempunyai kawan, dia sangat suka mencatat apabila keluar. Dan catatannya akan dibawa ke medan elektronik sehinggalah ke dalam blog (hoho..ayat!). Tapi, dia masih kawan saya lagikah? Maksudnya, sudah lama saya tidak mendengar khabar berita darinya. Panggilan juga sangat tiada. Facebook? Hhmm..tidak berbalas. Berubah. Dia berubah. Atau saya?
Aduh….mengganggu pula manusia di depan ni…(??).saya yang sampai dahulu di tempat ini, jadi saya harus mendominasi tempat ini. Ahh…menyibuk pula. Tidak. Harus ada sifat baik sedikit. Senyum. Dan angguk (ye la tu!)
Ok..pura-pura sibuk sekarang. Biar kelihatan sibuk dan mimik muka yang serius. Haiyoo...tak usah buat bising la biol! Cukup-cukuplah dengan bunyi dari corong yang entah dari mana ini. Ok, sudah pergi dan menghilang. Oh tidak. Datang yang baru pula....aduh! Adakah saya yang bersalah mengambil tempat ini sendirian? Dan berseorangan? Mana boleh. Harus SELFISH juga. Saya sudah di sini dari tadi. Saya mendominasinya. Tidak! Saya sudah cukup bertanggungjawab terhadap situasi ini. Saya senyum. Saya mengangguk! Selesai mengisi yang di tengah itu, pergi sahajalah. Bukannya susah. Saya hanya mahu mencari BUAH FIKIR di sini. Salahkah?
Baiklah, internet sudah disconnected. Di mana silap saya tidak mendalaminya. Perlu menggunakan jalur lebar ke sekarang? Baiklah, saya harus fikir, adakah ia keperluan atau juga kehendak? Adakah waktu ini saya memerlukannya untuk keperluan ataupun untuk kehendak? Ye, saya sudah dapat jawapannya. Itu adalah kehendak. Kerana saya hanya memerlukannya untuk mengundi kenalan saya yang mengambil tempat dalam pertandingan dalam blog (pertandingan apa saya tidak tahu). Jika saya tidak mengundi pun elok juga kan? Oh tidak. Saya harus memberi sokongan kepadanya walaupun itu bukan keperluan. Saya dan juga dia tidak rugi apa-apa. Bukan keperluan. Jadi, saya fikir dengan mencocok jalur lebar pada lubang empat segi di tepi kiri laptop adalah tidak perlu. Kan?
Monday, May 30
Untuk memahami sesuatu, kita perlu mendalami sesuatu.
Untuk memahami sesuatu, kita perlu mendalami sesuatu. Kita mendalami tidak semestinya harus mengikutinya. Usah terus-terusan mengutuk dan mengata. Itulah proses kehidupan.
Baiklah..tiba-tiba hal tersebut muncul dalam kepala hari ini.
Seorang lembaga terus-terusan menyerang apabila dia ingin mendalami sesuatu tersebut. mendalami sesuatu dalam proses memahami sesuatu tersebut. Sesuatu tersebut adalah ilmu. Dan juga pengetahuan. Dia memerlukan pengalaman. Dia harus mempunyai pengalaman untuk memahami dan mendalaminya. Dia harus merasa untuk menikmati pemahamannya. Tidakkah lembaga tersebut faham?
Sesekali lembaga itu menyerang dengan kehendaknya. Dengan minatnya. Dengan kegemarannya. Dengan kegilaannya. Dengan kesukaannya. Banyak sungguh bicara pada bibir lembaga tersebut. Di sana dan di sini. Bibirnya di mana-mana. Semua perkara mahu dibidas. Cacat sendiri tidak diperhati. Tidak diteliti. Tidak mahu difahami. Ya, walaupun diberitahu. Walaupun ditegur dan dinasihati.
Gayanya bukan kepalang. Persalinannya. Sangat muslimah. Menutup aurat katanya. Ya, faham.
Kerana, lembaga itu juga mempunyai kehendaknya, minatnya, kegemarannya, kegilaannya, kesukaannya. Dan dia rasa, lembaga itu lebih menggila dari dirinya. Bukti. Dia pernah melihat lembaga tersebut terkinja-kinja dengan menggila sekali di depan matanya. Runut bunyi yang menggila dari dalam corong bunyi komputer riba, menambahkan kegilaannya. Melompat-lompat. Dia tidak pernah berpelakuan sebegitu dan jauh sekali untuk berpelakuan seperti lembaga itu. Terkinja-kinja. Hipokrit semata-mata. Bibir bicara lain, perlakuannya bicara lain. Argh..sangat menjijikkan. Bahasanya mampu membinasakan diri. Sangat bisa. Terlalu besar kritikannya. Terlalu banyak kritiknya. Terlalu banyak kata-katanya dan banyak pula mengata. Sangat menjijikkan. Eewww!!
Dia memang banyak mendiamkan diri jika berdebat tentang sesuatu. Kerana dia ingin meneliti dan memahami sesuatu itu. Dia tidak ingin berdebat dan memanculkan perkataan demi perkataan sedangkan perlakuan dan tindakannya tidak seperti percakapan. Tidak. Dia tidak ingin menjadi begitu. Tidak mahu dibicarakan oleh orang lain bahawa dia bercakap sahaja tetapi perlakuannya tidak seperti bibir yang berbicara. Biarlah dia dipandang bodoh. Biarlah dia dipandang tidak tahu apa-apa. Biarlah dia dipandang tongo. Biarlah dia dipandang bingung. Biarlah dia dipandang useless. Namun, dalam dirinya tetap dengan dirinya. Mahu memahami sesuatu harus mendalami sesuatu. Mendalami sesuatu tidak semestinya harus mengikutinya. Jangan terus-terusan mengutuk dan mengata. Faham dan mendalaminya dahulu...
Wednesday, May 25
the greatest love of all...
THIS
AND THIS
I believe the children are our are future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children’s laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me
Chorus:
I decided long ago, never to walk in anyone’s shadows
If I fail, if I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me
They can’t take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all
I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children’s laughter remind us how we used to be
Chorus
And if by chance, that special place
That you’ve been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love
Wednesday, April 6
F***ING PERFECT!
Made a wrong turn, once or twice.
Dug my way out, blood and fire.
Bad decisions, that's alright.
Welcome to my silly life.
Mistreated, misplaced, misunderstood.
Miss 'No way, it's all good', it didn't slow me down.
Mistaken, always second guessing, underestimated.
Look i'm still around.
Pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You're fuckin' perfect to me!
You're so mean, when you talk, about yourself you were wrong.
Change the voices, in your head, make them like you instead.
So complicated, look happy, you'll make it!
Filled with so much hatred, such a tired game.
It's enough! I've done all I can think of.
Chased down all my demons, i've seen you do the same.
Woah ohh, pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You're fuckin' perfect to me.
The whole world's scared so I swallow the fear.
The only thing I should be drinking is an ice cold beer.
So cool in line, and we try try try, but we try too hard and it's a waste of my time.
Done looking for the critics, cause they're everywhere.
They dont like my jeans, they don't get my hair.
Exchange ourselves, and we do it all the time.
Why do we do that? Why do I do that?
Why do I do that?
Yeah, oh, oh baby, pretty baby!
Pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel.
Like you're nothing, you're fuckin' perfect to me yeahhh.
You're perfect, you're perfect!
Ohh pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You are perfect to me...
doktor kata #part one
Doktor kata, ‘awak tak boleh stress. Sekarang ni awak tak boleh stress. Cuba elakkan stress dalam apa-apa perkara’
Aku kata ‘ehh..dah keje saya memang stress, nak buat mcam mana?’
Doktor kata’ awak kena rehat cukup. Macam mana nak sihat kalau tidur pun awak tak jaga’
Aku kata ‘eh..akhir-akhir ni je saya tak jaga, biasa saya memang hantu tidur’
Doktor kata ‘awak selalu ambik coffee ke? Lain macam je awak ni’
Aku kata ‘ehh..itu dulu. Saya memang hantu coffee. Tapi dah setahun setengah saya tak minum. Betul doc. Kalau saya minum, mesti kafein2 akan terus merebak dalam otak saya. Saya jadi pening’
Doktor kata ‘ awak ni memang batuk sejak bulan lepas lagi. awak kan tahu awak ada keturunan lelah, tak payah la mandi malam-malam. Nanti badan awak sejuk, mudah untuk awak jadi semput’
Aku kata ‘eh..kadang-kadang je saya mandi malam. Tu pun sebab saya berjaga malam, lepas tu saya rasa panas, jadi saya mandi’
Doktor kata ‘awak kena elakkan minum air sejuk atau berais. Kalau badan awak sejuk atau persekitaran awak sejuk, saluran pernafasan awak akan jadi kecik, awak boleh semput tau. Dan lelah tu bila-bila masa saje boleh datang’
Aku kata ‘eh...saya memang dah minum air sejuk. Cuma sekarang ni panas, itu yang saya minum air sejuk’
Doktor kata ‘okla...yang penting awak kena jaga saluran oernafasan awak tu. Awak kena ingat, awak akan tua. Bukan akan muda. Jaga la diri tu.’
Aku kata ‘errr...ye2 doktor. Saya faham. Nak buat macam mana. Dah saya memang macam ni’
Doktor kata ‘awak ni...ish...saya maksudkan, kesihatan tu’
Aku kata ‘ohh..terima kasih docktor...nanti saya datang lagi ye!’
Doktor kata ‘ye..ye..’
Aku kata (dalam hati) ‘aduh..balik nak kena buat apa ni? Jaga saluran pernafasan? Eerrr....?’
Monday, April 4
life is for rent- Dido
I never stick around quite long enough to make it
I apologize once again I'm not in love
But it's not as if I mind
that your heart ain't exactly breaking
It's just a thought, only a thought
But if my life is for rent and I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cos nothing I have is truly mine
I've always thought
that I would love to live by the sea
To travel the world alone
and live more simply
I have no idea what's happened to that dream
Cos there's really nothing left here to stop me
It's just a thought, only a thought
But if my life is for rent and I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cos nothing I have is truly mine
If my life is for rent and I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cos nothing I have is truly mine
While my heart is a shield and I won't let it down
While I am so afraid to fail so I won't even try
Well how can I say I'm alive
If my life is for rent and I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cos nothing I have is truly mine
If my life is for rent and I don't learn to buy
Well I deserve nothing more than I get
Cos nothing I have is truly mine
Cos nothing I have is truly mine
Cos nothing I have is truly mine
Cos nothing I have is truly mine
Blog Archive
- December (6)
- November (1)
- July (1)
- June (1)
- February (1)
- December (1)
- November (1)
- June (2)
- May (2)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (3)
- November (2)
- October (6)
- September (5)
- August (4)
- July (2)
- June (1)
- May (4)
- April (3)
- March (13)
- February (11)
- January (14)
- December (1)
- September (3)
- August (5)
- July (4)
- June (2)