Monday, May 30

Untuk memahami sesuatu, kita perlu mendalami sesuatu.

Untuk memahami sesuatu, kita perlu mendalami sesuatu. Kita mendalami tidak semestinya harus mengikutinya. Usah terus-terusan mengutuk dan mengata. Itulah proses kehidupan.

Baiklah..tiba-tiba hal tersebut muncul dalam kepala hari ini.

Seorang lembaga terus-terusan menyerang apabila dia ingin mendalami sesuatu tersebut. mendalami sesuatu dalam proses memahami sesuatu tersebut. Sesuatu tersebut adalah ilmu. Dan juga pengetahuan. Dia memerlukan pengalaman. Dia harus mempunyai pengalaman untuk memahami dan mendalaminya. Dia harus merasa untuk menikmati pemahamannya. Tidakkah lembaga tersebut faham?

Sesekali lembaga itu menyerang dengan kehendaknya. Dengan minatnya. Dengan kegemarannya. Dengan kegilaannya. Dengan kesukaannya. Banyak sungguh bicara pada bibir lembaga tersebut. Di sana dan di sini. Bibirnya di mana-mana. Semua perkara mahu dibidas. Cacat sendiri tidak diperhati. Tidak diteliti. Tidak mahu difahami. Ya, walaupun diberitahu. Walaupun ditegur dan dinasihati.

Gayanya bukan kepalang. Persalinannya. Sangat muslimah. Menutup aurat katanya. Ya, faham.

Kerana, lembaga itu juga mempunyai kehendaknya, minatnya, kegemarannya, kegilaannya, kesukaannya. Dan dia rasa, lembaga itu lebih menggila dari dirinya. Bukti. Dia pernah melihat lembaga tersebut terkinja-kinja dengan menggila sekali di depan matanya. Runut bunyi yang menggila dari dalam corong bunyi komputer riba, menambahkan kegilaannya. Melompat-lompat. Dia tidak pernah berpelakuan sebegitu dan jauh sekali untuk berpelakuan seperti lembaga itu. Terkinja-kinja. Hipokrit semata-mata. Bibir bicara lain, perlakuannya bicara lain. Argh..sangat menjijikkan. Bahasanya mampu membinasakan diri. Sangat bisa. Terlalu besar kritikannya. Terlalu banyak kritiknya. Terlalu banyak kata-katanya dan banyak pula mengata. Sangat menjijikkan. Eewww!!

Dia memang banyak mendiamkan diri jika berdebat tentang sesuatu. Kerana dia ingin meneliti dan memahami sesuatu itu. Dia tidak ingin berdebat dan memanculkan perkataan demi perkataan sedangkan perlakuan dan tindakannya tidak seperti percakapan. Tidak. Dia tidak ingin menjadi begitu. Tidak mahu dibicarakan oleh orang lain bahawa dia bercakap sahaja tetapi perlakuannya tidak seperti bibir yang berbicara. Biarlah dia dipandang bodoh. Biarlah dia dipandang tidak tahu apa-apa. Biarlah dia dipandang tongo. Biarlah dia dipandang bingung. Biarlah dia dipandang useless. Namun, dalam dirinya tetap dengan dirinya. Mahu memahami sesuatu harus mendalami sesuatu. Mendalami sesuatu tidak semestinya harus mengikutinya. Jangan terus-terusan mengutuk dan mengata. Faham dan mendalaminya dahulu...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive