Wahai diriku,
Lupakanlah dia
Hey, aku tahu lagu yang sesuai untuk engkau buat masa sekarang ini
Hate that I love you by Rihanna and Ne-yo
Engkau tahu dan dia pun tahu…kamu berdua tidak secocok apabila bersama
Kamu faham kan maksudku?
Wahai diriku,
Engkau tahu kenapa aku berkata begitu?
Engkau perlu melihat dari sudut logiknya dan perlu melihat dari semua perspektif,
Jangan sekadar melihat diri engkau, keperluan engkau, perasaan engkau dan nafsu engkau. Itu selfish namanya. Pentingkan diri sendiri.
Tidak sedarkah engkau?
Engkau perlu bangun dan bangkit,
Ini bukan cinta yang tidak berbalas…
Tetapi hidup yang syok sendiri.
Ini sangat merugikan engkau, diri engkau, hidup engkau dan masa engkau.
Tetapi tidak mengapa…kerana itu telah memotivasikan engkau dan engkau mahu bangun darinya.
It was your mistakes.
Hahaha…engkau mahu mengatakan ia seperti cinta Noura dan Nurul terhadap Fahri dalam Ayat-ayat Cinta?
Atau engkau mahu mengatakan cinta yang tidak dibalas oleh Fahri terhadap Maria?
Lupakan lah dia wahai diriku.
Aku juga tahu
Bukan senang untuk melupakan seseorang dalam masa yang singkat,
Apatah lagi melupakan seseorang yang kamu sangat suka dan dengan kata lain kamu amat mencintainya…
Hahahahaha…entah lah…engkau membuatkan aku ketawa…
Aku hanya mengingati dirimu yang dulu
Yang tidak percaya apa itu cinta
Yang hanya menonton Ada Apa Dengan Cinta
Sekarang engkau sendiri yang mengalaminya
Engkau sudah dewasa rupanya…
Engkau mencintai dia
Engkau suka akan diri dia
Engkau suka akan dia
Engkau sudah tahu apa itu cinta..
Waahh…engkau betul-betul sudah sewasa rupanya wahai diriku
Tetapi aku tidak fikir begitu
Terlalu banyak lagi yang perlu engkau belajar wahai diriku
Engkau belum dewasa lagi
Banyak perkara lagi yang engkau perlu belajar
Engkau perlu terokai
Mungkin sesetengah perkara engkau mengetahuinya
Tetapi tidak bagi orang lain
Apa yang engkau tahu tidak sama dengan orang lain tahu
Itulah aku beritahu mu diriku
Engkau perlu belajar lagi
Jangan terlalu melayan jiwamu
Itu hanya penglipur lara dalam hidupmu
Engkau perlu bangkit.
Wahai diriku,
Bicara diriku ini untukmu wahai diriku…betulkah ayat ku?
Engkau faham kan?
Engkau berjaya melupakan dia…
Jika engkau berjaya melupakan dia
Engkau telah menganjakkan diri mu kepada suatu tahap
Anjakan dirimu
Anjakan paradigma mu
Anjakan paradigma diri mu
betul ke?
Yang akan membuat orang lain akan menghormatimu
Dan mana tahu…si dia juga akan merangkak untuk mendapatkanmu?
Itu hanya gurauan wahai diriku
Janganlah engkau terasa hati
Itu hanya mimpi semata-mata.
No comments:
Post a Comment