Tuesday, June 21

KEBODOHAN

Aku merasakan kebodohan
Kebodohan yang meningkat dan bertingkat-tingkat
Kebodohan aku kerana berada dalam kepandaian
Kepandaian membuatkan aku kebodohan
Bukan kepandaian itu kebodohan.
Tetapi aku bodoh kerana berada dalam situasi pandai!
Kamu pening? Rasa berbelit-belit?
Adakah aku harus menyalahkan diri , tubuh badan dan otak ini kerana tidak pandai dan bodoh?
Oohh…aku tertekan! Sangat! Sangat!
Tidak mampu memberi senyuman lagi.
Kepala sakit! Sakit! Sangat!
Memang TEKANAN. Berada dalam kalangan orang pandai.
Kenapa tidak aku?

Tuesday, June 7

Mencari BUAH FIKIR.

Saya mungkin tidak pandai menulis, tapi saya boleh merasa.

Saya boleh merasa apa yang ditulis, yang digarap, yang diluahkan melalui menulis. (betul ke?)

Sarcasm!

Haha…saya tengah mencari idea atau buah fikiran. Saya harus keluar dan saya sedar, saya menulis dengan panjang sekali apabila saya berada di luar. Saya sedang keluar sekarang. Dan berada di luar. Namun, saya tidak banyak keluar akhir-akhir ini kerana saya tidak mampu membawa laptop saya yang sebesar gajah (?) ini keluar (harus fikir untuk dapatkan ipad barangkali). ALASAN.

Atau kenapa tidak saya bawa sahaja buku nota seperti yang disarankan oleh Dr (Tun) M. suatu masa dahulu? Catat dan ambil sahaja apa yang ada di sekeliling. Dan apabila pulang ke rumah, semak balik dan tulis dengan membaiki dan menambahkan kualitinya untuk menghasilkan suatu penulisan yang baik. Boleh ke? (amboi ayat!)

Saya mempunyai kawan, dia sangat suka mencatat apabila keluar. Dan catatannya akan dibawa ke medan elektronik sehinggalah ke dalam blog (hoho..ayat!). Tapi, dia masih kawan saya lagikah? Maksudnya, sudah lama saya tidak mendengar khabar berita darinya. Panggilan juga sangat tiada. Facebook? Hhmm..tidak berbalas. Berubah. Dia berubah. Atau saya?

Aduh….mengganggu pula manusia di depan ni…(??).saya yang sampai dahulu di tempat ini, jadi saya harus mendominasi tempat ini. Ahh…menyibuk pula. Tidak. Harus ada sifat baik sedikit. Senyum. Dan angguk (ye la tu!)

Ok..pura-pura sibuk sekarang. Biar kelihatan sibuk dan mimik muka yang serius. Haiyoo...tak usah buat bising la biol! Cukup-cukuplah dengan bunyi dari corong yang entah dari mana ini. Ok, sudah pergi dan menghilang. Oh tidak. Datang yang baru pula....aduh! Adakah saya yang bersalah mengambil tempat ini sendirian? Dan berseorangan? Mana boleh. Harus SELFISH juga. Saya sudah di sini dari tadi. Saya mendominasinya. Tidak! Saya sudah cukup bertanggungjawab terhadap situasi ini. Saya senyum. Saya mengangguk! Selesai mengisi yang di tengah itu, pergi sahajalah. Bukannya susah. Saya hanya mahu mencari BUAH FIKIR di sini. Salahkah?

Baiklah, internet sudah disconnected. Di mana silap saya tidak mendalaminya. Perlu menggunakan jalur lebar ke sekarang? Baiklah, saya harus fikir, adakah ia keperluan atau juga kehendak? Adakah waktu ini saya memerlukannya untuk keperluan ataupun untuk kehendak? Ye, saya sudah dapat jawapannya. Itu adalah kehendak. Kerana saya hanya memerlukannya untuk mengundi kenalan saya yang mengambil tempat dalam pertandingan dalam blog (pertandingan apa saya tidak tahu). Jika saya tidak mengundi pun elok juga kan? Oh tidak. Saya harus memberi sokongan kepadanya walaupun itu bukan keperluan. Saya dan juga dia tidak rugi apa-apa. Bukan keperluan. Jadi, saya fikir dengan mencocok jalur lebar pada lubang empat segi di tepi kiri laptop adalah tidak perlu. Kan?

Blog Archive