Thursday, June 10

Lelaki Dayus!

Pekikan, jeritan, carutan, tengkingan….!!!!
Engkau ingat dengan pekikan dan jeritanmuIsterimu dan anak-anakmu takut?
Bagaimana dengan Tuhan engkau?
Apa yang engkau fikirkan wahai lelaki dayus?
Mahu lepaskan amarah engkau?
Mahu lepaskan tanggungjawab engkau?
Mahu lepaskan kesakitan engkau?
tapi, Aku boleh katakan..’pergi mampusla engkau……!!’
apa yang engkau dapat?!!
Dengan pekikan dan jeritan engkau?
Mahu memukul mereka selepas ini?
Bangkitlah wahai lelaki dayus. Engkau tiada akal fikirankah?
Adakah engkau tiada akal fikiran semasa engkau berkahwin dahulu?
Semasa engkau mendapat anak pertamamu?
Engkau tidak mempunyai akal fikirankah pada saat itu?
Selepas segalanya berlaku, engkau mahu lepaskan semua itu?
Mahu lepaskan tidak bertali?
tapi, Aku boleh katakan..’pergi mampusla engkau……!!’
engkau gila.
Engkau bodoh.
Ini bukan dari hati atau emosi aku, ini adalah daripada pemerhatian aku dan penilaian aku.
Engkau berhak menerima perkataan seperti itu. Engkau sememangnya begitu.
Apa lagi yang boleh kau suarakan?
tapi, Aku boleh katakan..’pergi mampusla engkau……!!’

Argh…engkau hanya tidak tahu mengurus diri engkau sendiri.
Engkau terperangkap.
Engkau mengetahui segalanya…tapi kenapa engkau membiarkannya?
Engkau tahu anak-anakmu masih kecil dan tidak mampu…tetapi engkau menengking mereka apabila mereka buat silap!
Engkau tahu isterimu perlu bekerja untuk membeli barangan dapur, tetapi engkau marah apabila dia pulang lewat!
Ooh..engkau mengikut amarahmu…mahu kemana engkau dengan amarahmu itu?
Bolehkah engkau membeli rokok engkau dengan amarah engkau itu?
Aku boleh katakan..’pergi mampusla engkau……!!’

Aku telah katakan sebelum ini…agama perlu dijaga!
Dimana agamamu saat ini?
Dimana Tuhanmu saat ini?
Ingatkah engakau akan rasulmu saat ini?
Dimana kitabmu saat ini?
Dimana kepercayaanmu?
Dimana imanmu?
Sudah lupakah engkau akan qadha dan qadar??!!
Lupakah engkau dengan ini :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan mendapat pahala (dari kebajikan ) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): ‘Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampinilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau –lah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir”
(QS. al-Baqarah:286) ~~ehsan dari seorang kawan

Engkau lemah wahai lelaki dayus…engkau tidak mampu.
Tetapi Maha Esa tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu. Engkau tahukah itu?
Engkau fahamkah itu?
Inilah dikatakan ujian dariNya. Bersabarlah! Tidak bolehkah engkau bersabar sedikit?
Semuanya hanyalah sementara.
Ohhh…engkau akan katakan..’kau tidak mengalaminya, kau bolehlah katakan seperti ini. Cuba engkau berada dalam situasi aku sekarang’…
tapi, Aku boleh katakan..’pergi mampusla engkau……!!’


p/s :
tidak sampai hati melihat anak-anak dan isteri dianiaya oleh si lelaki dayus.

sucikah perkahwinan jika berterusannya seperti ini?
Terfikir-fikir~~Bagaimanakah aku di alam perkahwinan nanti?-Nauzubillah…

Persoalan :
“ujian diturunkan untuk menguji keimanan seseorang tetapi bagaimana jika seseorang itu tidak mempunyai iman??”

Blog Archive