Saturday, April 10

exam time...

ok...aku tercuri-curi membelek-belek blog..
blog boleh belek erk?
macam buku...hehehe..

aku tidak mempunyai apa-apa untuk dibicarakan untuk masa ini.
hanya nota-nota dan info-info tentang peperiksaan sahaja yang penuh dalam kepala ini sekarang..
aku hanya risau..RISAU untuk final kali ini...
sudah banyak peperiksaan yang sudah diempuhi...tapi, peperiksaan kali ini...ohh...
biarkanlah aku tidak berperasaan...

;-)

p/s : good luck to everybody.

Thursday, April 8

sedihkah hati..?

fikiran tidak lagi membantu untuk memberi hasil tindakan yang betul.

sedihkah hati?

hati tiada lagi gerakan untuk membantu.

sedihkah hati?

Naluri telah hilang.

sedihkah hati?

jiwa kosong...sepi..

sedihkah hati?

sepi dalam dakapan jiwa yang kosong.

sedihkah hati?

jika ini ujian yang diuji untuk aku,

Aku redha.


sedihkah aku???


"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side"

Monday, April 5

Monolog Aku untuk Engkau

Aku tiba-tiba membenci engkau...

sangat suka, suka = sangat benci, tidak suka.

Dan sedikit meluat.

SANGAT!

Bukan benci kerana engkau seorang insan...tetapi sebagai seorang insan yang tidak mempunyai sifat seorang insan.

Fahamkah?


aku tidak tahu kenapa..

ya, benci boleh datang dalam sekelip mata.

Tapi, engkau pun tidak kisah kalau aku membenci engkau kan?

Engkau memang tidak mengambil kisah.

Oh!


kau merendahkan aku. Kau tidak faham. Aku tidak suka itu.

Engkau memang tidak kisah kalau aku tidak suka kan?

Tolonglah menghormati aku, walaupun sedikit.

Aku masih belajar. Masih merangkak. Masih mencari. Masih banyak yang aku tidak tahu.

Tapi aku ada hak.

Engkau tidak faham.

Engkau hanya menghukum dan terus menyalahkan. Engkau tidak tahu. Engkau tidak faham.

Terus menerus memberi pendapat engkau tanpa mengetahui isi hati aku.

Tanpa mendengar. Tidak teliti.

Oh..cerewetkah?..sensitifkah?

Patutkah?...Adilkah?


Engkau tidak faham. Engkau kena faham itu sebenarnya. Tidak usahlah ego. Egolah pada tempatnya. Sudahlah!

Aku faham engkau ego.

Aku tidak suka itu tapi aku masih boleh menimbangnya. Aku cuba memahaminya. Dan tidak terus menghentak engkau kerana itu.

Oh..apa engkau kisah jika aku tidak suka kan?

Ye, engkau memang tidak kisah..itulah kelemahannya.

Terlalu tidak kisah dan mengambil kisah.

Kenapa engkau?

Aku pula yang tidak faham engkau.

Oh!


Kau tidak menghormati aku. Kenapa?

Terukkah aku? Tidak layakkah aku?

Budak-budakkah aku?

Engkau...aku masih mencari. Masih mahu mengerti diri aku sendiri.

Seorang perempuan...seorang gadis...

Dan sebagai wanita... kelebihan-kelebihannya, hak-haknya

Kau tidak nampak itu semua..dan kau tidak menghormatinya?

Engkau tidak tahu sebenarnya..tidak mahu mengambil tahu.

Dan...apa engkau kisah kan?

Oh..aku fikir, diri engkau sendiri pun engkau kurang mengerti. engkau dilemma. betulkah?


kadang-kadang engkau kelihatan kurang matang pada pandanganku.

Tapi, aku masih boleh menimbang itu. Cuba memahaminya.

Aku mencuba memahamimu..cuba memberitahumu..dan telah memberitahumu, dengan caraku.

Tapi, engkau tidak faham. Engkau tidak faham bahasa yang aku gunakan atau engkau tidak faham apa yang aku bicarakan?

Engkau tidak mengambil kisah.

Atau, engkau tidak tahu bahasa?

Maaf!


Aku ini tidak pentingkah?

Oh..siapa lah aku. Tapi...sebagai insan...dan engkau juga. Biarlah berputik cebisan sifat hormat itu.

Aku sangat mengharap itu.


Kau pentingkan diri sendiri. Selfish!

Itu yang aku nampak tentang diri engkau.

Engkau mengejar segala-galanya.

Engkau tidak menoleh ke belakang.

Ye, itu aku faham. Aku faham situasi engkau. Dan aku tidak kisah itu.

Tapi, itulah kesannya. Engkau kadang-kadang terlalu..terlalu ..leka dan tidak mengintai langsung ke belakang.

Engkau tidak sedar langsung apa yang telah engkau lepasi dan apa yang telah engkau tinggalkan.

Engkau tidak kisah dan mengambil tahu. Langsung!



Dedikasi untuk engkau..hanya engkau.

Harap engkau faham bahasa yang aku gunakan dan engkau faham maksudnya.

Tidak perlu untuk aku menggunakan apa-apa teori semantik untuk engkau memahaminya.

Dan engkau tidak akan memahaminya juga.


Tapi, aku sedar...engkau tidak baca ayat-ayat seperti ini...kan??

Tapi harap engkau baca walaupun sebagai silent reader atau pun stalker.

Biarlah..

Tidak mengapa..


Maaf kerana aku mula membenci engkau.

Tapi...engkau tidak kisah itu kan?

Hate that i hate you!


;-)

Blog Archive