Monday, May 24

....

Akhir-akhir ini, otak aku bekerja dengan kuat sekali.

Dengan menulis benda-benda begini kat blog yang tak berapa nak hidup dah akhir-akhir ni, aku rasa semacam je…mahu ke terus berblog?

Haish~sigh

Berfikir what I’m gonna be next. Kalau diperhatikan dengan situasi sekarang…arghh..malaslah nak cakap. Tak tahu nak cakap apa.

Ok..leave it!

Aku hanya mahu berkhidmat dan berbakti kepada orang tua sahaja sekarang. Memang itu tugas aku sebelum menjadi isteri orang…kan?

Hanya orang yang mempunya akal fikiran yang waras yang boleh berfikir. Betul ke statement aku ni??

Kurangnya ajaran agama boleh merosak dan melumpuhkan segala-galanya…?

kalau agama dibuat main-main, macam mana?

Fikiran orang bijak pandai mengatakan bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan.

Aku mencari-cari idea di sini.

Ya Allah, tolonglah aku. aku harus lulus. Rahasia itu hanya engkau yang tahu~dialog cerita apa entah!

Apa aku merepek ni ??

Fine..leave it!

Kelihatan kurangnya motivasi dan semangat juang dalam diri akhir-akhir ni…aku tatapkan ini untuk tatapan kalian. Full stop!

Ivanka Trump :

1. Being female in man’s world

2. Speak up! Ask for advice (others experience)

3. Gaining experience

4. Look for angel investors

5. Finding funding

6. Marketing on a budget

Ini business punya dowh!

Donald Trump :

“We win in our lives by having a champion’s view of each moment”

1. Finding inspiration

2. Going against the tide

3. Keep going

4. Have a mentor

5. Think about challenges (think in positive way)

ü Find you passion

ü Be tenacious

ü Don’t fear risk

ü Revenge can be good

p/s : mencari tesis...ouch!

Sunday, May 16

ibu adalah....

Walaupun hari ibu sudah lepas..kau tetap mahu teruskan entry ni.
Memang...kelalaian aku dengan tidak mempedulikan segala-galanya. Tapi bukan aku tidak mempedulikannya. Aku tetap ambil kisah tapi aku tidak mahu menunjukkannya. Tidak ambil peduli tak bermakna tak ambil kisah dan tak ambil tahu.
Tapi aku tidak menyesal. Aku buat apa yang terbaik. Untuk segala-galanya..(terbaik ke?)
Selamat Hari Ibu..
I love u. Always!

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu


p/s : hari ni hari guru...Selamat Hari Cikgu...
Cikgu, saya tetap sayang cikgu semua. Sangat!
Semalam 15 mei..happy birthday my sis...
Semalam 15 mei juga..will miss u my late father. Always and forever...


;-)

Saturday, May 15

SOMBONG

A : dah solat?

B : huh? (bingung + tak faham)

A : dah solat asar? (lebih spesifik)

B : belum! (selamba)

A : kenapa tak solat lagi? (sopan)

B : jap lagiii.....

A : ohh...ok!

Beberapa minit kemudian....

A : dah solat dah?

B : belum!...jap lagi..

A : kenapa belum?

B : jap lagi..

A : bila?

B : jap lagi laaa...

A : ohh...ok!!!

Beberapa minit selepas itu...

A : dah solat ke belum?

B : hehehe...belum lagiii...jap lagi ye..

A : jap lagi?

B : jap lagi laaa...jangan la marah..;-)

A : hahaha...kelakarla kau nih! (muka serius)

B : huh?( tertanya-tanya dan bingung)

A : ye laa..

B : kenapa? Apa yang kelakar?

A : kau tu laa....tak solat!

B : tak solat pun kelakar ke?

A : habis?..yang kau tak solat lagi kenapa?

B : eh..eh...kejap lagi laaa..memang nak solat pun..

A : pukul berapa dah ni?

B : 6.43 pm!

A : kejap lagi erk?

B : yeee....

A : pukul berapa agak-agak kejap lagi tu?

B : err...

A : hahaha...kan aku dah cakap..kau ni memang kelakar laaa..

B : kelakar?..apa maksud kau?

A : ye laa...memang kelakar laa...

B : maksud kau?

A : pegi la solat dulu...(gaya pujuk)

B : hehehe...yes madam!

A : sengal!

Beberapa minit lagi...

B : kamu...!!

A : yea.....!!!

B : hehehe...apa yang kelakar?

A : hahaha...kelakar sebab kau tak nak solat...kelakar dalam erti kata lain sombong.

B : tak faham la cik kak!

A : tak faham?..hhmmm...

B : yeaaa....!!!

A : maksud aku...kau tu...sombong!

B : aku? Sombong? Mane ada...

A : yelaa...tak nak solat tu sombong la namanya!

B : kenapa pulak?

A : kau sombong sebab tak nak solat...sombong dengan Allah. Allah dah bagi macam-macam kat kau..kau still tak nak solat..tak bersyukur!

B : huh?

A : yela...rezeki yang kau dapat selama ni...rumah, kereta..kerja bagus..gaji pun boleh tahan...tapi sombong. Tak nak solat. Tak nak beribadat. Tak nak tambahkan ibadat. Hidup dah senang tapi sombong.

B : apa kau merepek ni?

A : mana ada merepek..

B : habis tu? Yang kau pegi ungkit semua tu kenapa?..kerja bagus, rumah, kereta bagai..!!

A : itu contoh...yang aku nampak. Dah memang kau senang kan sekarang. Aku bagi contoh tu je..aku pun tak perfect. Tapi aku nak bagitahu je..untuk renungan sama2...tu je! No hard feeling la...

B : ok..

A : please be open...benda lain boleh je open kan!..

B : err...ye2!

A : jangan la terasa hati pulak..aku pun bukan perfect. Sama-sama kita renungkan. Allah beri kita rezeki..tapi kita masih sombong, ego, tak nak solat. Walaupun tak nak buat ibadat lain, solat jangan tinggal. Kalu dah tinggal solat, tak nak solat..memang semua tak jalan laa...Kita sombong, ego...Allah dah beri apa yang kita nak..tapi kita tak nak solat...tak nak syukur kat Dia...

B : err...betul-betul!

A : tu je aku nak bagitahu....

B : baik punye pendekatan kau ye...

A : hehe..untuk sama-sama renung. Sama-sama fikir...

B : rindu pulak aku ngan usrah and qiam dulu-dulu....

A : weekend ni ada qiam...jom la kalau nak join!

B : cantik tu...aku join ok!

A : ok je...boleh je..! kau nak..aku ok je.

B : hehe..ok la babe!..aku nak siap...dah nak maghrib ni..

A : alrite...!!

B : btw..thanx ye!

A : no problem laa...


P/S : yess...berjaya update!

Sila solat sebelum anda disolatkan. Jangan sombong! (PESAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA)

‘Anda disolatkan = anda meninggal dunia dan anda adalah jenazah yang disolatkan’...(betul ke ayat nih?)

Thursday, May 6

BLANK HEART

empty..
sedikit BLANK akhir-akhir ini.
tiada fikiran.
tiada hasil pemikiran yang kreatif lagi.
BLANK.
arah tuju kosong.
kosong.
BLANK.
BLANK.
BLANK HEART
bukan lagu BLACK HEART itu.
tapi...aku sedang BLANK HEART.




Blog Archive