Monday, December 16

Sebab itu TAK FUN LANGSUNG!!

Underestimated!

Betul..
Being underestimated is not fun at all..
macam kau menganjing semua orang..
itu tak fun langsung..

kau kurus. kau gemuk. kau jongang.
kau busuk. kau pendek. kau..kau..kau...

Itu TAK FUN LANGSUNG..

ye, aku mengaku aku pernah buat.
tapi aku mengaku juga aku minta maaf depan-depan.
dan aku mengaku jugak yang aku cuba elakkan buat.
Sebab itu TAK FUN LANGSUNG.

Sebabnya lagi..bila kena kepada diri sendiri..
TAK FUN LANGSUNG.

Bila mana kau dalam keadaan berusaha.
Kau dengan sepenuh hati menyiapkan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab kau.
Dan bila saat kau perlu memberikan atau menyerahkan hasil kerja kau tu..
kau dihentam dengan teruk tanpa hati perut.
Dan kau juga UNDERESTIMATED dengan teruk.
ye, ITU TAK FUN LANGSUNG!!
moral dan emosi akan DOWN GILA BABI!

**memang bahasa aku kasar sejak akhir-akhir ni
**bahasa menunjukkan emosi jugak kadang-kadang.
Persetankan je lah!
Tengok, kasar lagi kan??

Argh..internet pun macam HARRR..AAMMM..

Baik aku keluar sekarang.
Nanti aku mencarut macam orang tak mengaji.
Ok..COOL DOWN!


Saturday, December 14

Tak usah bicara tuah engkau.

Tak usah bicara tuah engkau.
Punya keluarga bahagia, punya ibu, punya ayah, 
Ada yang tiada keluarga, langsung!
Ada yang tiada kakak abang, langsung!

Tak usah bicara tuah engkau.
Punya wang tidak boleh dikira, boleh beli segala, 
Ada yang tiada wang, langsung!

Tidak usah bicara tuah engkau.
Punya cinta hati.
Ada yang tiada cinta hati, langsung. Putus. Berkecai.

Dunia ini bervariasi, kasih.
Kehidupan itu semacam makna, cinta.
Manusia bermacam cerita.
HORMAT itu lebih bermakna.
~Ummi



**ini pernah ada dalam status FB aku.
**ada beberapa yang like
**ada juga beberapa yang share
**ada juga beberapa baca tapi buat-buat tak baca
**aku letak nama sebab itu hasil otak aku
**kadang-kadang ada jugayang tak letak nama tapi hasilnya dari dalam otak juga
**untuk hidupkan blog ni, aku tulis benda-benda macam ni je
**aku tak kisah ada orang baca ke tidak

***bahasa aku agak kasar akhir-akhir ini
***banyak berbicara dengan lelaki, memang kena kasar, mana boleh lembut-lembut...

Friday, December 13

BOSAN!

BOSAN!
Skandal, big fan, masalah air, saman-saman...
Haha..tiada apa yang menarik di paparan skrin Yahoo! Malaysia.
Kononnya mahu mencari berita menambah cambah di otak kanan dan kiri.
Kecewa.
Solusi, klik di berita anak Beckham je minat artis.
Oh, Lady Gaga pilihannya.
Hmm..santai-santai!

RINDU TAHU!

Rindu.

Benci rasa ini.
Bila rasa ini datang...
minda ni macam cepat-cepat minta mesin masa untuk bawa kepada kenangan-kenangan dan kepada orang-orang yang dirindu.

Haish...kenapa ada rasa ini
Seksa tahu.

Ibu kata dan Aku kata

Ibu kata, tak baik anak dara balik malam-malam
Aku kata, keluar dengan kawan-kawan je.
Ibu kata, kurangkan makan luar. Nanti sakit.
Aku kata, tak makan sangat tapi borak-borak je.
Ibu kata, nanti kan merungut takut gemuk.
Aku kata, borak-borak je tak makan sangat. Mendengus.
Ibu kata, bersihkan diri dulu sebelum tidur.
Aku kata, tak main kotor pun.
Ibu kata, anak dara elok bangun awal pagi.
Aku kata, bukan ada kerja pun bangun pagi.
Ibu kata, pakai pakaian longgar-longgar bila keluar.
Aku kata, pakaian memang dah longgar-longgar.
Ibu kata, kalau nak buat apa-apa fikirkan ibu bapa dulu.
Aku kata, tak buat apa-apa yang salah pun.
Ibu kata, tidur la awal, nanti bangun awal.
Aku kata, banyak kerja tak siap.
Ibu kata, tak kaya pun kalau kerja banyak tapi tak solat.
Aku kata, aku solat je.
Ibu berlalu.
Aku teruskan kerja.
Ibu sudah tidur.
Aku pilu.
Maafkan aku.
Aku banyak menajwab ibu...

Arghh..aku nak teruskan tapi..urghh..sebak dada!

Monday, December 9

Bercabang!

Bercabang!

Mengadap papan putih di skrin.
Kosong.
Halnya bersimpul di kepala.
Bercabang di sana sini.
Serabut.
Bercabang dengan keluarga.
Bercabang dengan kawan-kawan.
Bercabang dengan boyfriend. Eh, tidak. Tidak berpunya sebenarnya.
Bercabang dengan kerja harian.
Bercabang dengan perasaan yang entah-entah.
Argh, setan itu pandai.
Pandai serabutkan yang bercabang.

Haaiiilaaa..serabut!
Padamkan papan putih di skrin.
Tarik sejadah.
Solat.
Tenang.

Blog Archive